Helle Thorning-Schmidt
Helle Thorning-Schmidt

Helle Thorning-Schmidt

Helle Thorning-Schmidt (lahir 14 Disember 1966, Rødovre, Denmark, 47) merupakan Perdana Menteri wanita pertama negara Denmark. Beliau menggantikan Mogens Lykketoft sebagai pengerusi Parti Sosial Demokratik selepas Pilihan raya Denmark 2005. Selepas Pilihan raya Denmark 2007 dia menerajui parlimen Denmark tetapi gagal untuk mendapatkan majoriti. Selepas menang tipis dalam Pilihan raya Denmark 2011 pada 15 September 2011, beliau dijangka akan dilantik sebagai Perdana Menteri Denmark jika dipersetujui parti-parti pembangkang yang lain. Ratu Margrethe akan mengesahkan beliau sebagai Perdana Menteri wanita pertama Denmark.Beliau telah berkhidmat sebagai Ahli Parlimen Eropah dari 1999-2004 sebelum dipilih ke Parlimen Denmark pada tahun 2005.